Make your own free website on Tripod.com
Laman Utama | Pengenalan | Carta Organisasi | Kemudahan | Aktiviti | Pencapaian | Nilam | Album | Pautan
   
 

 

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi telah ditubuhkan pada tahun 1990 iaitu di bangunan baru yang telah siap dibina pada tahun 1989. Ianya terletak bertentangan dengan pejabat sekolah. Kedudukannya juga adalah tidak jauh dari pintu pagar sekolah. Apabila memasuki kawasan sekolah, kita dapat melihat pintu Pusat Sumber Sekolah yang telah diletakkan label bagi memudahkan pelawat mengunjunginya sebagai gedung ilmu.
   

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
   
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat
   
Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu
   

 

 

 

* Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
**Membentuk profesion perguruan yang berilmu,dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
***Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
****Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

   

 

 

* Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
**Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.
***Meningkatkan profesionalisme guru.
****Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
*****Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
******Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.